Khamis, Jun 10, 2010

BERAKHIRNYA SEBUAH CINTA

Berakhirnya sebuah cinta…
Tatkala tiada lagi perindu bertakhta
Tatkala tumpahnya tinta
Perginya ia dalam hening senja

Berakhirnya sebuah cinta…
Tatkala hati diguris satu garis luka
Tatkala hati ingin dimanja
Tiada lagi pengubat jiwa

Berakhirnya sebuah cinta…
Tatkala sang maharaja terkelu kata
Tatkala sang permaisuri mengundur jiwa
Tiada lagi kenikmatan sebuah cinta

Berakhirnya sebuah cinta…
Tatkala jasad menjadi kaku
Terputusnya kata dalam ngilu
Hati terpahat seribu kemanisan
Cinta agung noktah berpenghujung

Rabu, Jun 02, 2010

sebuah duka

Aku berdiri dengan sifatNya
Yang Maha Berkuasa dalam pentadbiran
Yana menggerakkan sesuatu dengan kemahuan
Menjadikan hambaNya sebagai perantaraan

AsmaNya kugenggam dalam tanganku
Zatnya kuesakan dalam imanku
Pinjaman jasadNya pada diriku
Dalam menjalankan pentadbiran yang tidak kaku

Tiada sesuatu pada sesuatu
Hanya Ia berdiri satu
Memerintah alam penuh padu
IlmuNya jauh tidak terpandu