Isnin, November 09, 2009

SASTERAWAN MUDA



AKU SEORANG SASTERAWAN


Hari-hari berlalu melangkah pergi

Hari-hari mendatang sedang kujejaki

Bersama ilmu secetek bumi

Bersama harapan setinggi langit


Pen terselit di celah baju

Ukiran hati terpancar di wajah kertas

Nukilan jiwa membentak diri

Tersungkur jatuh bersama kehinaan


Laluan kejahilan terbentang luas

Tali kebenaran kian tipis

Dihakis ombak sebuah kepura-puraan

Benteng ilmu dipecah-belahkan


Segala perbuatan diskripkan

Segala arahan dikerahkan

Segala perlakuan dirakamkan

Segalanya akan ditontonkan


Aku seorang sasterawan…

Mengimbang diri di atas jambatan kemanusiaan

Memancing fikiran ke arah pemikiran

Menjadi sejarah yang tidak dikenang


By,

Hafiz





Tiada ulasan:

Catat Ulasan