Isnin, November 09, 2009
SASTERAWI KIUT
Sebuah perjalanan…
Mengimpikan sebuah impian…
Nyata atau fantasi menjadi satu…
Dalam belaian yang berlagu…
Tarian kata-kata menginjak suasana…
Kegembiraan lalu mengheret jiwa…
Melalui lorong-lorong yang ditinggalkan…
Bersama memori yang kukuh digenggam…
Perjalanan hidup…
Mencorakkan kegembiraan dan kesedihan…
Menceritakan satu kisah yang panjang…
Tiada noktah selagi bersambungan…
Diantara hayat ke hayat…
Diantara nafas itu terdapat satu cerita…
Diantara mata itu terdapat satu bahasa…
Diantara jiwa itu terdapat satu cinta…
Diantara kehidupan itu terdapat satu tanda tanya…
Tapi…
Mampukah nafas itu berkekalan?
Mampukah mata itu menceritakan?
Mampukah jiwa itu terus bertahan?
Dan mampukah kehidupan itu memberikan jawapan?
Jiwa angkuh disanggah hati yang merindu…
Kongkongan yang ketat dibelah satu kebencian…
Ketidaksetiaan menjadi satu titik perpecahan…
Kasih yang ‘terbahagi’ menyeksa jiwa…
Diantara dua pilihan…
Kerinduan masa lampau atau saat sengsara kini?
Diantara dua jiwa…
Cinta yang silam atau cinta yang dilitupi kesengsaraan?
Diantara dua nafas yang berbeza…
Nafas yang mencorakkan dirimu…
Dalam cubaan membentuk sebuah kehidupan…
Meniti sebuah perjalanan…
Melangkah sebuah titian…
Mengakhiri sebuah kehidupan…
P/s:wek..xadil ar abg pndai wat sjak..azi ciplak sajak abg..wek3..pdn muka abg..hehehe...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

.jpg)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan